Thursday, May 22, 2008


Rokok.. membunuh

Membuang tabiat merokok boleh menambahkan jangka hayat anda, walaupun selepas anda disahkan mengidap masalah paru-paru. Tidak anda istilah terlambat dalam usaha menghentikan tabiat buruk ini.
Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik Kanada mendapati kadar kematian menurun hampir separuh dikalangan perokok 'berat pertengahan' yang menghentikan tabiat merokok.
Anda juga pasti dan tentu tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Namun ramai yang mengendahkan amaran bahaya tersebut meskipun kesihatan mereka terjejas.
Malah, dari 10 klinik yang dikaji, 5887 pesakit berumur sekitar 35 hingga 60 tahun mengidap penyakit kesukaran bernafas iaitu Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), namun masih belum mahu menghentikan kegiatan merokok walaupun separuh daripada mereka menjalani program menghenti merokok di klinik dan hospital.
Selepas 14 tahun, 731 daripada pesakit tersebut mati akibat Kanser Paru-paru, Penyakit jantung dan juga penyakit berkaitan sistem pernafasan.
Jika seseorang individu tersebut boleh menghentikan tabiat merokoknya, risiko kematiannya akibat rokok akan turun sebanyak 15 % dengan serta merta. Dan selepas 5 tahun berhenti merokok, risiko kematian akan menurun sebanyak 45 %.
Anda tentu tahu mengenai hal ini. Hentikan rokok..

Bagaimana mengurangkan risiko sakit jantung.
  • Anda boleh memastikan samaada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.
  • Adalah lebih baik sekiranya anda mengelakkan atau berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Anda juga perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Berbincanglah dengan keluarga terdekat sekiranya anda berhadapan dengan masaalah.
    Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum mula bersenam, dan mulalah bersenam secara beransur-ansur.
    Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan, dengan itu mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar juga mampu menyerap kalesterol.
    Rujukan http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/epidemiologi.htm

Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari

  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.


Jantung
merupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman.
Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kalesterol yang tinggi dalam darah, oleh itu anda dinasihatkan mengurangkan kadar pengambilan lemak tepu yang mengandungi kalesterol yang tinggi. Arthroskelorosis berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa yang panjang untuk terbentuk. Bagaimanapun sekiranya tidak dikesan dan dirawat awal, arthrosklerosis boleh menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit koronari jantung adalah sesak nafas atau tercungap-cungap bila kepenatan, degupan jantung
yang luarbiasa, angina pektoris, sakit jantung, lemah jantung dan kematian mengejut.

Apakah STROK
Strok berlaku apabila aliran darah kebahagian otak terganggu. Ini mengakibatkan sel-sel otak kekurangan oksigen dan seterusnya tercedera atau mati.
Terdapat 3 Jenis STROK
Strok Iskemik -Berlaku apabila saluran darah yang membekal darah ke otak tersumbat atau menjadi semakin sempit. Ia boleh berlaku apabila mendapan lemak (plak) terkumpul disepanjang saluran darah dan menyebabkan darah membeku.
Strok Embulos -Di sebabkan oleh darah beku atau plak terapung-apung dalam aliran darah. Jika darah atau plak terapung ini tersekat dalam saluran otak, aliran darah ke otak akan terhalang.
Strok Berdarah -Berlaku apabila saluran darah kecil ke otak pecah. Pendarahan ini menyebabkan tisu otak ditenggelami darah dan ini akan membunuh selnya.


Tanda-tanda Gejala STROK
-Mata secara tiba-tiba menjadi kabur atau hilang penglihatan sebelah atau kedua-dua belah
-Rasa pitam, hilang keseimbangan atau jatuh secara tiba-tiba
-Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba
-Rasa kebas, lemah atau lumpuh di bahagian muka, kaki atau pada sebelah tubuh atau kedua-dua belah
-Sukar untuk bercakap atau percakapan sukar difahami
-Sukar untuk menelan makanan


Faktor-faktor Risiko Mendapat Strok
-Diabetes
-Tekanan darah tinggi
-Penyakit jantung
-Paras kolesterol darah tinggi
‘Transient Ischaemic Attack’
-Merokok
-Penagihan alkohol
-Usia lanjut

Akibat Strok
Strok boleh menyebababkan koma, kematian atau kecacatan fizikal dan mental yang teruk.
Oleh itu, amat mustahak bagi seseorang yang mengalami strok dibawa ke hospital secepat mungkin untuk disiasat dan diberi rawatan segera. Gangguan fungsi tubuh bergantung kepada bahagian otak yang terlibat. Jika kekurangan oksigen yang berlaku adalah serius, gangguan fungsi akan menjadi lebih teruk dan kekal.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes