Thursday, May 22, 2008

Rokok.. membunuh Membuang tabiat merokok boleh menambahkan jangka hayat anda, walaupun selepas anda disahkan mengidap masalah paru-paru. Tidak anda istilah terlambat dalam usaha menghentikan tabiat buruk ini.Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik Kanada mendapati kadar kematian menurun hampir separuh dikalangan perokok 'berat pertengahan' yang menghentikan tabiat merokok.Anda juga pasti dan tentu tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Namun ramai yang mengendahkan amaran bahaya tersebut meskipun kesihatan mereka terjejas.Malah, dari 10 klinik yang dikaji, 5887 pesakit berumur sekitar 35 hingga 60 tahun mengidap penyakit kesukaran bernafas iaitu Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), namun masih belum mahu menghentikan kegiatan...

Bagaimana mengurangkan risiko sakit jantung. Anda boleh memastikan samaada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.Adalah lebih baik sekiranya anda mengelakkan atau berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun. Anda juga perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing. Berbincanglah dengan keluarga terdekat...

Faktor-faktor yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung. Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan. Jika anda merokok. Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda. Jika anda mengidap penyakit kencing manis. Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan. Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi. Jika anda kurang bersenam. Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar....

Jantungmerupakan satu organ yang penting dan sebarang gangguan kepada jantung akan mengakibat penyakit yang boleh membawa maut. Antara keadaan yang mengakibatkan sakit jantung adalah kerosakan pada koronari arteri dalam jantung. Keadaan kerosakan pada koronari arteri ini dikenali sebagai penyakit koronari jantung. Penyumbang utama penyakit koronari jantung adalah arthrosklerosis. Arthrosklerosis berlaku apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran darah lalu menyempitkan laluan darah beroksigen kepada jantung. Ini akan menjadikan jantung kekurangan oksigen dan apabila keadaan ini berterusan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan mati dan menjadi biru kehitaman.Gumpalan lemak ini dipercayai berasal daripada kalesterol yang...

Apakah STROKStrok berlaku apabila aliran darah kebahagian otak terganggu. Ini mengakibatkan sel-sel otak kekurangan oksigen dan seterusnya tercedera atau mati.Terdapat 3 Jenis STROKStrok Iskemik -Berlaku apabila saluran darah yang membekal darah ke otak tersumbat atau menjadi semakin sempit. Ia boleh berlaku apabila mendapan lemak (plak) terkumpul disepanjang saluran darah dan menyebabkan darah membeku.Strok Embulos -Di sebabkan oleh darah beku atau plak terapung-apung dalam aliran darah. Jika darah atau plak terapung ini tersekat dalam saluran otak, aliran darah ke otak akan terhalang.Strok Berdarah -Berlaku apabila saluran darah kecil ke otak pecah. Pendarahan ini menyebabkan tisu otak ditenggelami darah dan ini akan membunuh selnya.Tanda-tanda Gejala STROK-Mata secara tiba-tiba menjadi...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes